Oleh yang demikian kajian mengenai kebolehpasaran alumni sukarelawan melalui kemahiran insaniah membantu mengetahui penerimaan pihak industri terhadap kemahiran ini. Kemahiran Insaniah adalah merangkumi aspek kemahiran generik yang bukan akademik yang banyak di perolehi melalui aktiviti berpersatuan termasuklah kesukarelawanan. Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi mendedahkan mereka kepada kemahiran insaniah yang penting di dalam memenuhi keperluan industri.
Menyedari kepentingan tersebut, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif dan usaha bagi meningkatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi di negara ini. Abstrak Mentransformasikan ekonomi ke arah status negara maju memerlukan negara memiliki modal insan yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.